Testimoni Usahawan

Aktiviti Halal Street UK

Berminat? Klik link di bawah untuk mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK!

Soalan - soalan lazim

Adakah program ini berbayar?

Ya, program ini berbayar sebanyak RM5000. Namun, peserta boleh menuntut semula bayaran ini melalui MATRADE di bawah skim sokongan yang disediakan.

Berapa lama program ini berlangsung?

Program ini berlangsung selama setahun selepas produk anda sampai ke UK. Sepanjang tempoh ini, produk akan dipasarkan dan dijual di platform jualan yang disediakan.

Adakah saya perlu menghantar stok dalam jumlah besar ke UK?

Tidak perlu. Usahawan boleh menghantar produk bernilai RM500 kepada kami sebagai permulaan untuk pemasaran dan jualan di UK.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

Mana-mana usahawan yang mempunyai perniagaan berdaftar dengan SSM, produk Made in Malaysia, dan dimiliki oleh rakyat Malaysia boleh menyertai program ini.

Adakah produk saya perlu memiliki sijil halal?

Kami menerima produk yang dibuat oleh Muslim. Jika anda non-Muslim, produk anda perlu mempunyai sijil halal untuk disertakan dalam program ini.

Bagaimana produk saya akan dihantar ke UK?

Kami menyediakan perkhidmatan logistik untuk membantu penghantaran ke UK melalui penghantaran udara dan penyimpanan gudang di Leicester.

Bagaimana pemasaran produk saya dilakukan di UK?

Produk anda akan dipromosikan melalui iklan digital, media sosial, newsletter, dan aktiviti pemasaran lain untuk menarik perhatian pembeli UK.

Adakah saya perlu mempunyai pengalaman eksport sebelum menyertai?

Tidak perlu. PUPUK direka khas untuk membantu usahawan baru yang ingin memulakan eksport ke UK.

Apakah jenis produk yang sesuai untuk program ini?

Produk FMCG (makanan, minuman, kosmetik, barangan keperluan harian), produk unik Malaysia, dan barangan halal sangat sesuai untuk pasaran UK.

Bagaimana saya boleh mendaftar?

Mudah sahaja! Klik link di disini untuk mendaftar sebagai usahawan Halal Street UK!